top of page

Peguam Sahkan Sebutan Inkues Kes Zara Qairina Esok

  • nabalunews
  • Aug 17, 2025
  • 1 min read

17 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Sebutan untuk Inkues kes kematian Zara Qairina Mahathir dijadualkan berlangsung di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, Isnin ini.


Perkara itu disahkan peguam mewakili keluarga Zara Qairina Hamid Ismail ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, sebutan dihadapan Mahkamah Koroner itu dijadual berlangsung pada jam 9 pagi.


“Sebutan untuk inkues ditetapkan esok di Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 9 pagi esok,” katanya melalui mesej Aplikasi Whatsapp kepada media.


Untuk rekod, Inkues bukan perbicaraan jenayah yang menentukan suspek dan penglibatannya dalam kes.


Sebaliknya ia lebih kepada mencari kebenaran mengenai cara kematian itu berlaku dan kebarangkalian wujud unsur jenayah.


Peguam mewakili keluarga Zara sebelum ini memohon agar inkues diadakan bagi menentukan punca kematian arwah.


Jabatan Peguam Negara kemudiannya memutuskan agar inkues dijalankan bagi menentukan punca dan sebab kematian Allahyarham Zara Qairina.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page