top of page
nabalunews

SEC Anjur Perlawanan Bowling Persahabatan Bersama Media


7 Disember 2024


KOTA KINABALU: Sabah Energy Corporation (SEC) telah menganjurkan perlawanan boling persahabatan bersama media di Strikers Bowl, Sutera Harbour Resort, bersama-sama Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri Sabah.


Acara itu yang menyatukan pengamal media dari pelbagai organisasi diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SEC, Ir. Ts. Ahmad Jafar, dan Presiden SJA, Datuk Muguntan Vanar.


Kira-kira 35 orang pengamal media tempatan, termasuk dari RTM, Daily Express dan The Star memeriahkan acara itu.


Tujuan utama acara ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan SEC kepada media tempatan yang telah sentiasa memberikan sokongan yang berterusan dalam menyampaikan pencapaian dan inisiatif SEC kepada orang ramai.


Acara ini juga memberikan ruang dan peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan kerja antara SEC dan media, yang memainkan peranan penting dalam penyebaran berita yang cepat dan boleh dipercayai melalui platform media tradisional dan digital.


Melangkah ke hadapan, SEC terus komited untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dengan media melalui sokongan terhadap acara-acara akan datang serta penganjuran aktiviti-aktiviti yang bermakna.

Commentaires


bottom of page