Sedco Terus Pantau Anak Syarikat
- nabalunews
- 5 hours ago
- 1 min read

21 Januari 2026
KOTA KINABALU: Operasi anak syarikat di bawah Kumpulan Sedco yang gagal mencapai keuntungan dalam tempoh setahun akan melalui proses 'managermant byout' atau ditutup, menurut pengerusinya, Datuk Masiung Banah.
"Jika kita pertahankan syarikat yang rugi dan membebankan agensi induk, umpama kita bermain bola 'gol sendiri.'
"Kita mau lihat peristasi mereka, sama ada sasaran tercapai atau tidak. Jika tidak tercapai kenapa? .... Jika tercapai kita perlu pertingkatkan, " tegasnya ditemui media selepas majlis Amanat Pengerusi dan Pengurus Besar Kumpulan Sedco di sini, semalam.

Wakil Rakyat Kuamut itu bertegas untuk melaksanakan reformasi signifikan terhadap urus tadbir anak syarikat yang kurang berdaya saing dalam industri yang diceburi.
Masiung berkata, syarikat yang gagal mencapai sasaran petunjuk peristasi utama (KPI) perlu mengemukakan pelan tindakan bagi memperbaiki peristasi dan kedudukan kewangan semasa.
Mengulas lanjut, beliau bersama pengurusan tertinggi Sedco kini sedang dalam proses menilai Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat koporat di bawah Kumpulan Sedco mengenai keberkesanan gerak kerja mereka.

"Walaupun setakat ini belum ada laporan serius tentang salah laku koporat dalam struktur melibatkan anak-anak syarikat, namun operasi mereka harus dipantau setiap tiga bulan.
"Saya bukan sahaja memberi arahan, tetapi saya akan turun ke lapangan dari masa ke semasa bagi memantau operasi anak-anak syarikat ini, " tambahnya.
Menurut Masiung, terdapat kira-kira 23 anak syarakat yang beroperasi dengan pelbagai industri bernaung di bawah Kumpulan Sedco.
Menurut beliau, tiga syarikat akan menjadi tumpuan utama tahun ini bagi menjana rantaian ekonomi negeri iaitu Sedco Mining Sdn Bhd, projek Kudat Blue Ekonomy Park dan Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd.
Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Sedco, Azrul Ahmad turut hadir dalam majlis amanat 2026 itu.


















Comments