top of page

Sedia Lindungi Saksi Inkues Sekiranya Perlu

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

ree

8 September 2025


KOTA KINABALU: Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda menegaskan pihak polis bersedia untuk memberi perlindungan kepada saksi prosiding inkues Zara Qairina Mahathir sekiranya perlu.


Katanya, setakat ini tiada permohonan diterima dan tumpuan adalah membantu memastikan kelancaran prosiding inkues.


“Sekiranya ada yang perlu perlindungan, boleh buat permohonan. Setakat ini, tiada permohonan diterima dan prosiding inkues juga berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


“Polis juga masih ditempatkan di kawasan mahkamah bagi tujuan keselamatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu, berhubung ugutan diterimanya.


Semalam, seorang lelaki ditahan selepas disyaki mengugut Dr Jessie yang juga pakar patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE) menerusi laman sosial facebook.


Suspek berusia 61 tahun ditahan kira-kira jam 7 pagi semalam di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page