top of page

Seminar kajian tindakan guru tingkatan enam zon Sandakan

  • nabalunews
  • Oct 25, 2024
  • 1 min read

25 Oktober 2024


SANDAKAN: Seminar Kajian Tindakan Guru Tingkatan Enam Zon Sandakan yang pertama kali diadakan berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Teater Mini, sekolah Sung Siew Sandakan baru-baru ini dengan mengumpulkan golongan pendidik dari Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid dan Tongod.


Seminar anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan dengan kerjasama Unit Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura itu dirasmikan Pegawai PPD Sandakan, Munah Nasri


Dalam ucapannya, Munah menggalakkan guru-guru untuk terus terlibat dalam penyelidikan bagi mempertingkatkan amalan pengajaran dan meningkatkan prestasi akademik pelajar.


Pada seminar itu, seramai 11 orang guru yang mengajar pelbagai subjek telah membentangkan hasil kajian tindakan mereka dengan sorotan utama.


Sementara itu, penyelaras seminar, Cheong Bo Yuk berkata, pihaknya berterima kasih kepada sekolah Sung Siew atas penyediaan tempat dan teruja dengan sokongan daripada komuniti setempat serta penyumbang yang lain.


Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk berkongsi kaedah pengajaran yang berkesan, tetapi juga untuk memperkukuh kerjasama antara guru-guru tingkatan enam di seluruh daerah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page