Seorang lagi ditangkap bersabit kes bunuh lelaki Pakistan
- nabalunews
- Sep 26
- 1 min read

26 September 2025
KENINGAU: Seorang lagi suspek ditangkap selepas dipercayai membantu rakan berhubung kes bunuh seorang lelaki warganegara Pakistan di daerah ini, semalam.
Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai berkata, tangkapan suspek kedua yang berusia 37 tahun itu susulan pengakuan suspek pertama warganegara Filipina.
Katanya, suspek kedua ini ditangkap polis di kawasan kebun getah berhampiran Kilang Bata, Jalan Keningau - Tenom pada 25 September kira-kira jam 11.30 malam dengan pandu arah suspek pertama.
“Pendedahan awal suspek kedua mengaku telah didatangi oleh suspek pertama pada 21 September, kira-kira jam 6.30 petang dengan menaiki motosikal.
“Suspek pertama memberi alasan hendak meminta tolong suspek kedua untuk mengalihkan peti ais di rumah kebun.
"Bagaimanapun, sebaik tiba, di tempat kejadian suspek pertama mengaku telah membunuh seorang lelaki Pakistan pada hari Sabtu dan meminta bantuan suspek kedua untuk mengebumikannya" jelas Yampil.
Yampil berkata, suspek kedua ini turut ditahan reman selama tujuh (7) bermula 27 September hingga 03 Oktober.
Sementara itu, Yampil berkata, berdasarkan pendedahan awal, suspek pertama mengaku terlibat secara langsung dalam kes ini dan motif kejadian bergaduh kerana berhutang dengan mangsa untuk pembelian telefon pintar.
Katanya, suspek mengaku gagal membayar ansuran empat bulan berturut-turut sebanyak RM50 sehingga tercetus pergaduhan dengan mangsa.
“Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Terdahulu, seorang lelaki warga Pakistan dipercayai dibunuh dan ditanam di kawasan berhampiran Kampung Kitung Jalan Keningau, di sini.
Susulan itu, suspek pertama berjaya ditahan di Kampung Sayur, Jalan Durok, pada jam 9 malam, 24 September lalu oleh pasukan JSJ IPD Keningau dan JSJ IPK Sabah.


















Comments