top of page

Seorang lelaki cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan 6 buah kenderaan

  • nabalunews
  • Nov 3, 2024
  • 1 min read


ree

3 November 2024


SANDAKAN: Seorang lelaki yang memandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux cedera ringan setelah kenderaannya terbabas sendiri lalu melanggar 5 kenderaan lain di Kampung Combo, Jalan Leila, kira-kira jam 6.45 pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, berkata siasatan awal pihak polis mendapati, ketika kejadian

kenderaan itu bergerak dari arah bandar Sandakan menuju ke Tanah Merah.


Tiba di lokasi kemalangan, sebuah motosikal telah keluar daripada simpang Kampung Combo lalu masuk ke jalan utama dan di laluan pacuan 4 roda itu.


Pemandu berkenaan cuba mengelak namun telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar 5 buah kenderaan lain yang diletakkan di bahu jalan.


Pemandu yang cedera itu kemudiannya dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan dan disahkan hanya mengalami kecederaan ringan.


Abdul Fuad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page