top of page

Seramai 536,395 murid sekolah di Sabah mulakan sesi persekolahan hari ini

  • Writer: Marryan Razan
    Marryan Razan
  • Jan 10, 2022
  • 1 min read

Setiap kali sekolah dibuka pihak polis akan membuat pemantauan. Gambar SK Kg.Brunei Membakut.

10 Jan 2022

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sejumlah 536,395 murid sekolah rendah dan menengah di seluruh Sabah memulakan sesi persekolahan bagi penggal ketiga 2021/2022 pada hari ini.


Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr.Mistirine Radin berkata, daripada jumlah itu 320,912 orang adalah murid sekolah rendah dan 215,483 pelajar sekolah menengah .


Beliau berkata, ini membabitkan sebanyak 1,075 buah sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan.


"Manakala 218 buah sekolah menengah termasuk sekolah agama, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah berasrama penuh, kolej vokasional dan sekolah sukan Malaysia,” katanya di sini, hari ini.


Mistirine berkata, bagi sekolah swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula seramai 1,075 murid yang bersekolah di 18 buah sekolah dan 6,074 pelajar sekolah menengah membabitkan 20 buah sekolah.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page