Serbu Tiga Lokasi, Polis Tahan Enam Penagih Syabu
- nabalunews
- 4 days ago
- 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns
10 Mac 2026
SANDAKAN: Seramai tiga orang lelaki dipercayai pengedar dadah berjaya diberkas dalam satu operasi pembersihan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Sandakan, semalam.
Dalam serbuan Ops Tapis Narkotik yang dijalankan dari jam 11.00 pagi hingga 8.00 malam di sekitar Kampung Gas, Jalan Batu Sapi dan Taman Mawar, Jalan Sibuga, pihak polis turut menahan dua individu lain yang disyaki penagih dadah.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis (ACP) George Abd Rakman berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20-an hingga 40-an dan positif dadah jenis Methamphetamine (syabu) berdasarkan ujian saringan air kencing.

"Hasil ujian saringan awal mendapati kelima-lima suspect positif dadah berbahaya. Tiga daripada mereka disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah, manakala dua lagi disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana mengesan dadah dalam badan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, pasukan operasi turut membantu Balai Polis Ulu Dusun dengan menjalankan ujian saringan ke atas seorang lagi individu lelaki yang dibawa ke pejabat BSJND. Individu berkenaan turut didapati positif syabu dan kesnya disiasat di bawah seksyen sama.
Kesemua suspek kini ditahan di Lokap IPD Sandakan untuk tindakan lanjut.
ACP George menegaskan bahawa operasi seperti ini akan terus dipergiatkan sebagai manifestasi tekad pihaknya dalam membanteras gejala pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah Sandakan.















Comments