Sesi Piching Untuk Pembekal Kandungan Di Sabah
- nabalunews
- Jul 18, 2025
- 1 min read

18 Julai 2025
KUALA LUMPUR: Pembekal kandungan di Sabah akan diberi peluang untuk membuat sesi piching yang akan diadakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Kota Kinabalu.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman memberi jaminan berkenaan pada sesi Town Hall Perolehan Program TV RTM Fasa 2 2025 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Presiden Persatuan Filem dan Visual Sabah, Chester Pang.
Pada majlis berkenaan, Chester yang juga pengarah filem MANTERA turut menerima kad keahlian daripada Presiden Persatuan Pengarah Malaysia (FDAM) Datuk Afdlin Shauki.
Chester berkata, penyertaan beliau dalam FDAM adalah untuk memperkukuhkan lagi jaringan industri perfileman di Sabah.
Katanya, menerusi penyertaan itu, pembekal kandungan dapat berkongsi ilmu dengan rakan-rakan pengarah yang berpengalaman di peringkat nasional bagi meningkatkan lagi kemahiran pengarahan filem di Sabah.
“Beberapa program akan dilaksanakan di Sabah dalam masa terdekat dengan kerjasama SAFVA dan FDAM,” katanya.
Turut hadir pada Jade Morris Setiausaha Agung Safva dan Exco Gregory Giting.















Comments