top of page

Shafie dijatuhi hukuman penjara lima minggu, hina mahkamah

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

29 Julai 2026


KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah berhubung inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.


Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Amir Shah Amir Hassan pada prosiding di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Rabu.


Mahkamah turut memerintahkan Shafie menjalani hukuman penjara bermula hari ini, 29 Julai 2026.


Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan yang dikemukakan Presiden Parti Warisan itu.


Shafie didakwa menghina mahkamah susulan kenyataannya yang menyentuh inkues kematian Zara Qairina ketika berucap dalam satu ceramah politik menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) tahun lalu.


Ucapan berkenaan disampaikan dalam satu majlis di Kinabatangan pada September tahun lalu, apabila beliau mempertikai proses inkues serta mendakwa Allahyarham Zara telah dibunuh.


Kenyataan itu disifatkan mengganggu prosiding inkues yang dijalankan bagi menentukan punca kematian Zara Qairina, yang bermula pada September tahun lalu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page