top of page

SK Bandar Tawau sambut usia 100 tahun

  • nabalunews
  • Jul 12, 2025
  • 2 min read

Nizam merakamkan gambar kenangan bersama antara yang hadir memeriahkan Majlis Sambutan 100 Tahun SRK Pekan Tawau @ SK Bandar Tawau, hari ini.
Nizam merakamkan gambar kenangan bersama antara yang hadir memeriahkan Majlis Sambutan 100 Tahun SRK Pekan Tawau @ SK Bandar Tawau, hari ini.

12 Julai 2025

TAWAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tawau yang merupakan antara sekolah tertua di daerah ini menyambut usia 100 tahun, hari ini sejak penubuhannya pada tahun 1925.


Majlis Sambutan 100 Tahun SRK Pekan Tawau @ SK Bandar Tawau itu berlangsung meriah dan penuh penuh nostalgia yang diraikan ahli-ahli alumni, termasuk bekas guru-guru besar, para pelajarnya serta ibu bapa di Dewan Sri Pekan.


Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, sambutan itu menjadi satu perayaan yang begitu bersejarah buat semua bekas pelajar, termasuk beliau sendiri.


Katanya, ia lebih bermakna lagi buat dirinya apabila guru besar pertama sekolah berkenaan yang di awal penubuhannya yang ketika itu dikenali sebagai Government Vernacular School (GVS) Tawau adalah Kee Sulaiman Kee Abdullah iaitu bapa kepada ibu kandungnya.


Menurutnya, SK Bandar Tawau sehingga kini sudah banyak melahirkan anak-anak yang berjaya dalam pelbagai profesion seperti doktor, peguam, akauntan dan sebagainya, termasuklah ahli-ahli politik.


“Harapan saya, anak-anak yang belajar di sekolah ini akan terus fokus dan bersama-sama berjuang menjaga nama baik dan reputasi SK Bandar Tawau supaya kekal menjadi salah satu sekolah terbaik di daerah ini,”katanya kepada media.


Beliau juga berharap semua yang dipertanggungjawabkan mengurus tadbir sekolah itu agar dapat menjaga integriti kecemerlangan dalam memastikan sekolah tertua yang banyak berjasa kepada masyarakat Tawau akan tetap dihormati.


Dalam pada itu, Nizam menzahirkan rasa ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua warga guru dan kakitangan sekolah sejak penubuhannya 100 tahun lalu atas pengorbanan masa dan harta.


Beliau percaya, ada kalangan mereka yang terpaksa meninggalkan keluarga untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai salah satu sekolah terbaik di daerah Tawau.


Turut hadir, Pengerusi Persatuan Alumni SRK Pekan @ SK Bandar Tawau, Datuk Hamisa Samat dan Guru Besar SK Bandar Tawau, Abidin Moen.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page