top of page

SK Kaung Tawan Puncak Bukit Perahu

  • nabalunews
  • Aug 28, 2025
  • 1 min read

28 Ogos 2025


TAMPARULI: Seramai 14 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung, Kota Belud, terdiri daripada tiga guru dan sebelas murid Tahun 6, berjaya menawan puncak Bukit Perahu sempena Kembara Merdeka Madani Peringkat Negeri Sabah pada 28 Ogos 2025.


Program pendakian ini melibatkan laluan mencabar dari trek joging Tamparuli hingga ke puncak Bukit Perahu.


Penyertaan SK Kaung adalah sebahagian daripada pelaksanaan inisiatif BEST 1.0 SKMB, yang bertujuan membentuk sahsiah serta mengamalkan nilai murni dalam kalangan murid.

Melalui aktiviti ini, murid didedahkan kepada semangat patriotisme dan perjuangan tokoh kemerdekaan terdahulu, sekali gus memperkukuh jati diri serta kesedaran kebangsaan generasi muda.


Selain itu, kembara ini juga menyumbang kepada markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) murid, seiring dengan usaha sekolah melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik, jasmani, emosi dan sahsiah. Nilai kepimpinan, setiakawan serta daya ketahanan diri turut dipupuk sepanjang pendakian.

Acara anjuran SK Malangang Baru ini menghimpunkan penyertaan dari empat daerah – Kota Belud, Tuaran, Ranau dan Penampang , menjadikannya sebuah program berskala besar yang bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme, malah mempererat hubungan antara warga pendidik dan murid daripada pelbagai latar belakang.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page