SK Natai, Telipok terima 2 unit TV pintar bagi sesi pengajaran dan pembelajaran murid, sumbangan SKM
- nabalunews
- Aug 8, 2024
- 1 min read

8 Ogos 2024
TELIPOK: Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) diteruskan dengan membantu murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Natai, Telipok yang terletak jauh dari kawasan bandar dan boleh ditakrifkan sebagai Sekolah Kurang Murid kerana hanya mempunyai 48 murid dan 12 orang guru sahaja.
Semalam, SK Natai menerima sumbangan 2 unit televisyen (TV) pintar 50 inci jenama Hisense serta 2 set aksesori TV yang disampaikan Ahli Lembaga Pengarah SKM, Datuk Wong Thien Fook.

Set TV pintar ini adalah bagi kegunaan sesi pembelajaran dan pengajaran murid-murid SK. Natai.
Sumbangan ini diterima oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru PIBG SK Natai, Ronnie Jamlan yang mewakili Guru Besar SK Natai Telipok serta dihadiri oleh wakil Pengarah Pendidikan Sabah, Malisah Sinin dan beberapa pegawai SKM Negeri Sabah.
"Semoga sumbangan SKM ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak murid sekolah ini demi pembentukan sahsiah dan kemenjadian murid selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia," kata Wong.
Comments