SKM Beri Taklimat Koperasi Dan Sesi Libat Urus Pengurusan Premis Tamu Desa Di Kota Belud.
Oleh : Romie Stanley DGuns
14 November 2024
KOTA BELUD : Program Taklimat Koperasi dan Sesi Libat Urus Pengurusan Permis Tamu Desa bersama pemimpin komuniti kawasan Kadamaian berlangsung hari ini pada 14 November di Dewan Serbaguna Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Skyblue Piasau, Kota Belud bertujuan untuk mengukuhkan pengurusan premis tamu desa demi memberi manfaat yang lebih besar kepada usahawan tempatan.
Taklimat anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melibatkan seramai 43 orang peserta, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Pengerusi-Pengerusi Tamu Desa, yang hadir bagi memperkukuh pengurusan dan pengoperasian Permis Tamu Desa yang melibatkan 17 premis tamu desa fasa 1 dan fasa 2 di Kota Belud.
Dr Rizoh Bosorang Pegawai Tugas-Tugas Khas 11 kepada Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick telah mempengerusikan taklimat ini dan menjelaskan matlamat program ini.
Rizoh menjelaskan objektif taklimat, iaitu penerangan terma rujukan pengurusan bagi memberikan panduan tentang terma rujukan yang sesuai untuk pengurusan Permis Tamu Desa.
Sesi taklimat ini juga bertujuan memberi penerangan berkaitan Hala Tuju Pembangunan Tamu Desa di mana wakil-wakil daripada SKM menyampaikan visi pembangunan tamu desa di Kadamaian agar dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi komuniti.
Objektif ketiga ialah pengoperasian melalui koperasi iaitu membimbing peserta dalam mengoperasikan tamu desa dengan kerjasama koperasi komuniti dan usahawan tempatan.
Menurut Rizoh, sasaran taklimat adalah memberi pemahaman kepada kepimpinan kampung mengenai hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk membantu penjaja kecil melalui kemudahan tamu desa.
Serta mewujudkan kesedaran dalam komuniti kampung mengenai tanggungjawab bersama dalam mengurus dan menyelenggara fasiliti tamu desa melalui koperasi.
Beliau juga mengharapkan program ini akan menggalakkan peranan aktif komuniti dalam memastikan kemudahan tamu desa dimanfaatkan sepenuhnya. Langkah ini juga bertujuan menyumbang kepada perkembangan ekonomi tempatan melalui koperasi dan perniagaan desa.
Taklimat ini turut dihadiri oleh wakil KUSKOP, Zamrud Yahya dan Rashid Rani,
Wakil daripada Institut Koperasi Malaysia (IKMA) Pengarah IKMA Zon Sabah, Mohd Razalie Bin Raffae, Wakil SKM Malisah Sinin Pegawai Kanan SKM Sabah serta Anasty Majus Penolong Pengarah SKM Wilayah Pantai Barat Utara.
Program ini menunjukkan komitmen berterusan daripada kementerian dan SKM dalam memajukan komuniti Kadamaian melalui sokongan koperasi serta pengurusan yang lebih efektif bagi tamu desa.
コメント