Sokongan berterusan majukan pusat rekreasi, Bukit Bongol: Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sokongan berterusan majukan pusat rekreasi, Bukit Bongol: Ewon



31 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick terus memberikan sokongan kepada usaha penduduk kampung mempromosi kawasan-kawasan eko pelancongan termasuk pusat rekreasi Bukit Bongol, di sini.


Sebagai sokongan dan galakan kepada penduduk Kampung Bongol memajukan pusat rekreasi itu beliau meluangkan masa menghadiri seterusnya hiking bersama penduduk kampung yang bergotong-royong membersihkan laluan pusat rekreasi itu.


“Saya percaya “kaki-kaki hiking” akan teruja melihat keindahan pemandangan yang indah dan menarik apabila sampai di puncak Bukit Bongol.



“Kadamaian bukan sahaja kaya dengan eko pelancongan menarik tetapi juga mempunyai banyak tempat hiking untuk para penggemar aktiviti pendakian mencabar,” katanya selepas berjaya menawan Bukit Bongol.


Pada program itu, Ewon turut menyampaikan sumbangan untuk mengisi tabung Persatuan Pisompuruan Kg.Bongol dan untuk membina pondok rekreasi Bukit Bongol.



Sementara itu Pengerusi Persatuan Pisompuruan Kg.Bongol, Petrus Taripin berkata, Bukit Bongol atau Bukit Minongui sudah lama dibuka kepada orang ramai tetapi ditutup selama dua tahun lalu ekoran pandemik Covid-19.


“Para pendaki mempunyai pilihan sama ada melalui Kampung Bongol atau Kg.Mandap, Tonibung, Kinasaraban atau Pirasan.



“Laluan paling mencabar ialah melalui Kampung Pirasan tetapi bagi para pendaki yang inginkan kelainan, mereka dialu-alukan melalui Kg.Bongol,” katanya.


Beliau berkata, sebagai persediaan menerima pengunjung dan kaki-kaki hiking, mereka telah bergotong-royong membersihkan laluan Bukit Bongol seterusnya membina pondok rekreasi di puncak bukit itu.



“Terima kasih kepada Datuk Ewon atas sokongan berterusan penduduk kampung memajukan kawasan pusat-pusat rekreasi dan eko pelancongan di kawasan Kadamaian,” katanya.



bottom of page