Speaker DUN Sabah nafi terima RM350,000
- nabalunews
- Mar 10
- 1 min read

10 Mac 2025
KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya menafikan ada menerima wang daripada seorang ahli perniagaan bagi urusan mendapatkan lesen perlombongan di negeri ini.
Sebaliknya katanya, beliau hanya pernah meminjam wang sebanyak RM50,000 daripada individu terbabit.
"RM350,000 saya tak tahu, respons untuk kembalikan wang itu ialah mengenai RM50,000 yang saya pinjam dari dia tapi dia kata tak apa.
“Begitulah itu, dia mengadu permohonan lesen melombongnya ditolak dan marah. Saya tidak tahu perbualan itu dirakam untuk perangkap macam yang lain itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kadzim berkata, beliau langsung tidak tahu mengenai tiga pemberian wang yang menjadikan keseluruhannya sebanyak RM350,000 seperti disebutkan di dalam video berkenaan.
Terdahulu, menerusi video berdurasi 29 saat yang dimuatnaik sebuah portal itu memaparkan perbualan antarq seorang individu dengan Kadzim.
Dalam perbualan mereka, ahli perniagaan itu meluahkan kekecewaannya kerana gagal untuk mendapatkan lesen melombong daripada kerajaan Sabah.
Ahli perniagaan itu turut bertanyakan mengenai pemberian sejumlah wang sebanyak RM350,000 serta sama ada Kadzim ada menerima kelulusan projek daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Bagaimanapun, modus operandi video berkenaan dilihat hampir sama dengan beberapa video mengaitkan isu skandal rasuah lesen mineral sebelum ini.
Comments