top of page

SPR nafi poster tular papar tarikh PRN Sabah

  • nabalunews
  • Sep 11
  • 1 min read

ree

11 September 2025


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan poster yang memaparkan tarikh-tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 yang kini tular di media sosial.


Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, setakat ini tiada sebarang pengumuman rasmi telah dibuat oleh SPR berkenaan pembubaran DUN Sabah mahupun penetapan tarikh-tarikh penting bagi PRN tersebut.


“Pihak SPR menegaskan maklumat mengenai pilihan raya termasuk tarikh-tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari mengundi hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi SPR iaitu laman portal rasmi SPR, sidang media dan kenyataan media.


“Penyebaran maklumat palsu seumpama ini merupakan suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Khairul berkata, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang didapati menyebar, berkongsi atau menerbitkan maklumat palsu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang lain yang berkaitan.


Dalam pada itu, SPR turut menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang maklumat yang tidak sahih.


“Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih hanya daripada saluran rasmi SPR,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page