SPRM lancar bilik gerakan PRU DUN Sabah ke-17
- nabalunews
- Nov 10
- 1 min read

10 November 2025
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah melancarkan bilik gerakan bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan bilik gerakan akan beroperasi 24 jam mulai hari ini sehingga 5 Disember depan.
“Bilik gerakan yang boleh dihubungi adalah Pejabat SPRM Kota Kinabalu di talian 017-8478740/088-488381, Pejabat SPRM Cawangan Sandakan di talian 089-668746/011-18669877 dan Pejabat SPRM Cawangan Tawau di talian 089-772743.
"Selain itu, Pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu 089-868769 serta Pejabat SPRM Cawangan Keningau 087-336761/016-5771521," menurut kenyataan itu pada Isnin.
Tambah suruhanjaya itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel prnsabah@sprm.gov.my.
Dalam pada itu, SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya, selaras Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 15 November manakala tarikh undi awal pada 25 November dan tarikh undi pada 29 November.


















Comments