top of page
nabalunews

SPRM SABAH TAHAN EMPAT PENJAWAT AWAM KEMUKA TUNTUTAN PALSU


10 Feb 2021


KOTA KINABALU: Seramai empat penjawat awam daripada sebuah agensi kerajaan persekutuan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di sini hari ini atas kesalahan mengemukakan tuntutan elaun perjalanan palsu bagi tugasan rasmi.


Menurut sumber, penjawat awam daripada Kumpulan Sokongan itu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan dalam lingkungan umur 30-an dan 40-an, telah mengemukakan resit hotel palsu dalam tuntutan perjalanan mereka.


Pengarah SPRM Sabah S.Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan tersebut dibuat pihaknya kira-kira 1 tengah hari ini, beliau bagaimanapun tidak menyatakan lokasi suspek ditahan.


Beliau berkata semua mereka ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan dijadual dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu pada 9 pagi esok (11 Feb) untuk pertuduhan.


"Kakitangan kerajaan diingatkan agar tidak melibatkan diri dalam mengemukakan tuntutan yang mengandungi butiran palsu atau tuntutan palsu kerana perkara tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Sekyen 18 Akta SPRM 2009," katanya. - Bernama


コメント


bottom of page