SSMJ nafi tawar geran, bantuan kewangan melalui aplikasi WhatsApp
- nabalunews
- 6h
- 1 min read

24 Oktober 2025
KOTA KINABALU: Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) menafikan dakwaan pihaknya mengeluarkan tawaran geran, skim khas atau bantuan kewangan kepada orang awam melalui aplikasi WhatsApp, mesej peribadi, atau saluran tidak rasmi lain.
Ketua Pegawai Penyelarasnya, Datuk Rosmadi Datu Sulai berkata, terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama SSMJ untuk menawarkan bantuan kewangan dan geran melalui Whatsapp serta mesej peribadi.
“Untuk makluman, SSMJ tidak pernah mengeluarkan sebarang tawaran bantuan atau skim khas melalui saluran tidak rasmi.
“Semua hebahan rasmi hanya disalurkan melalui platform rasmi Sekretariat Sabah Maju Jaya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya selain membuat laporan segera kepada polis sekiranya menerima mesej mencurigakan menggunakan nama SSMJ.


















Comments