top of page

Sumbangan Gotong-Royong Bersihkan Perkuburan SDA Kampung Nahaba

nabalunews
Mar 17
1 min read

Oleh: Kidd


17 Mac 2026


KOTA BELUD: Pemaju Mukim Risin Sikin dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN Kadamaian menyerahkan sumbangan khas untuk menyokong program gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Seventh Day Adventist (SDA) di Kampung Nahaba, baru-baru ini.Sumbangan itu diserahkan bagi mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Ia menjadi tanda penghargaan terhadap usaha komuniti setempat dalam menjaga kebersihan dan kesejahteraan kawasan perkuburan, sekali gus memastikan persekitaran kekal terpelihara untuk generasi akan datang.


Program gotong-royong ini melibatkan lebih 50 penduduk kampung yang bekerjasama membersihkan rumput liar, mengatur batu nisan dan membuang sampah.


Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan estetika kawasan, tetapi juga mengukuhkan semangat perpaduan masyarakat.Sumbangan diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Nahaba, Almenor Wilton, yang mewakili penduduk.


Beliau merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan mendalam atas keprihatinan serta sokongan berterusan daripada Pusat Khidmat ADUN Kadamaian.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page