top of page

Sumbangan Kewangan Bantu Mangsa Kebakaran Kampung Melangkap Kapa

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


18 April 2026


KOTA BELUD: Mangsa kebakaran di Kampung Melangkap Kapa, yang berlaku pada 21 Februari 2026, terus mendapat sokongan apabila Sidang Injil Borneo (SIB) Tengkurus menyalurkan sumbangan kewangan untuk meringankan beban mereka.


Sumbangan itu diserahkan oleh Ketua Sidang Majlis Gereja SIB Tengkurus, Minsir Lambang, dalam majlis ringkas sebagai tanda empati gereja terhadap kebajikan masyarakat yang terjejas akibat bencana tersebut.


Wakil penerima, Nichklose Kesimin – yang juga Setiausaha United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) Bahagian Kota Belud merangkap Bendahari Jawatankuasa Kebajikan Melangkap – menerima sumbangan bagi pihak mangsa.


Beliau menyatakan penghargaan mendalam kepada SIB Tengkurus atas inisiatif ini, sambil berharap ia dapat membantu mangsa memulihkan kehidupan selepas tragedi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page