top of page

Sumbangan Mesin Rumput Sorong Beroda kepada Komuniti Kampung Kebayau

  • nabalunews
  • 14 hours ago
  • 1 min read


13 Mei 2025


KOTA BELUD: Pemaju Masyarakat dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Clarence Somuil, mewakili Datuk Ewon Benedick selaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, telah menyerahkan sumbangan sebuah mesin rumput sorong beroda kepada komuniti Kampung Kebayau di sini.


Sumbangan ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja pemotongan rumput oleh golongan belia di kawasan padang kampung, sekaligus menyokong penyelenggaraan kawasan riadah dan kemasyarakatan.


Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, dan turut dihadiri oleh wakil masyarakat Kampung Kebayau.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kebayau, Datine Bin Tolimo, yang mewakili penerima, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan inisiatif berkenaan.


Menurut Clarence Somuil, sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkasa komuniti setempat dan memudahkan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan secara lebih tersusun dan berkesan.


“Ini merupakan satu langkah ke arah meningkatkan kesejahteraan komuniti, khususnya dalam memudahkan kerja-kerja kebajikan dan penyelenggaraan persekitaran kampung,” katanya.


Majlis ini turut mencerminkan komitmen Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian dalam usaha mempertingkatkan infrastruktur serta kemudahan asas di kawasan luar bandar, dengan harapan dapat mengurangkan beban komuniti dalam menjalani aktiviti harian mereka.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page