top of page

Tadau Kaamatan Kukuhkan Perpaduan Komuniti Kampung Narinang

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read

24 Jun 2025


KOTA BELUD : Semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan komuniti menjadi teras utama Sambutan Tadau Kaamatan Peringkat Kampung Narinang yang berlangsung meriah.


Perayaan ini dirasmikan oleh Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian, Anichlose Kesimin.


Beliau hadir mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.

Majlis ini dianjurkan secara bersama oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Narinang, dan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), serta berjaya menarik penyertaan aktif penduduk daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang.


Pesta menuai ini bukan sahaja meraikan hasil tuaian, malah turut memperkukuh warisan budaya masyarakat setempat.


Dalam ucapan perasmiannya, Anichlose menegaskan kepentingan memelihara perpaduan, mengamalkan semangat kerjasama serta sikap saling menghormati antara satu sama lain. Beliau berkata, keharmonian masyarakat hanya dapat dikekalkan jika semua pihak bersatu hati tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, Loverinus Dell Jailih; Pengerusi KRT Kampung Narinang, Helena Frigillana; serta Pengerusi Penganjur, Litin Richard Pouli. Kesemua mereka menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan masyarakat melalui penganjuran program-program berteraskan kebudayaan dan perpaduan seperti ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page