top of page

Tiga Peserta Himpunan Aman Gempur Rasuah 2.0 Ditahan

  • nabalunews
  • Jun 24
  • 1 min read

ree

24 Jun 2025


KOTA KINABALU: Polis mengesahkan penahanan tiga peserta Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 selepas keterangan diambil terhadap mereka, hari ini.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, ketiga-tiga mereka ditahan mengikut akta hasutan dan insiden membakar karikatur Perdana Menteri.


Katanya, ketiga-tiga ditahan selepas selesai memberi keterangan berhubung insiden kereta milik mahasiswa akibat perbuatan khianat.


“Selain itu, mereka turut ditahan untuk membantu siasatan berhubung penganjuran Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0.


"Ketiga-tiga mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Pagi tadi, tiga individu dipercayai mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipanggil ke balai polis untuk diambil keterangan berhubung insiden khianat terhadap kereta milik mahasiswa.


Bagaimanapun, sebaik selesai memberi keterangan, pihak polis kemudiannya sekali lagi mengambil keterangan untuk siasatan yang dibuka pihak polis berhubung penganjuran Perhimpunan Aman Gempur Rasuah 2.0.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page