top of page

114 PATI Indonesia Dihantar Pulang Melalui Pelabuhan Tawau

  • nabalunews
  • Mar 12
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


12 Mac 2026


TAWAU: Seramai 114 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia berjaya dipindahkan ke negara asal melalui Program Pemindahan Tahanan PATI yang dilaksanakan di Pelabuhan Tawau, hari ini.


Program pemindahan siri ke-4 yang melibatkan pintu masuk laut itu dilaksanakan dengan kerjasama pihak Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau bagi memastikan proses penghantaran pulang berjalan lancar dan teratur.


Daripada jumlah berkenaan, Orang Yang Dipindahkan (OYD) terdiri daripada 78 lelaki dewasa, 26 perempuan dewasa, enam kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan. Kesemua mereka dihantar pulang ke Nunukan, Indonesia dengan pengiringan rasmi daripada wakil konsulat.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah, pemindahan tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam menangani isu kemasukan dan penempatan PATI di negeri ini.


Setakat ini, jumlah keseluruhan tahanan PATI yang berjaya dipindahkan dari Sabah ke negara asal adalah sebanyak 1,653 orang. Daripada jumlah itu, warganegara Filipina mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 55 peratus, diikuti Indonesia 38 peratus, Pakistan empat peratus, China dua peratus dan lain-lain warganegara satu peratus.


Jabatan Imigresen Negeri Sabah menyeru orang ramai agar lebih peka dengan persekitaran serta tidak bersekongkol melindungi atau menggaji PATI. Masyarakat diminta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan PATI melalui saluran rasmi seperti portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di https://spab.gov.my atau Sistem Pertanyaan Online (SPO) di https://eapp.imi.gov.my.

Tindakan tegas dan berterusan ini menunjukkan komitmen Jabatan Imigresen dalam memastikan kedaulatan undang-undang negara terus terpelihara.

 
 
 

1 Comment


Sơn Bùi Hồng
Sơn Bùi Hồng
Mar 14

Ik waardeer de heldere analyse in dit artikel. De groei van interactieve digitale diensten laat zien hoe gebruikerservaringen blijven evolueren. Aanvullende achtergrondinformatie over dit onderwerp is te vinden op de website. De analyse draagt bij aan een beter begrip van online interactie.

Online casino LuckyGem

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page