top of page

Taman permainan Teluk Likas Fasa 2 ditutup sementara mulai hari ini

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

ree

11 Disember 2025


KOTA KINABALU: Kawasan taman permainan kanak-kanak di Taman Awam Teluk Likas Fasa 2 ditutup sementara bermula hari ini sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.


Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam notis maklumannya berkata penutupan berkenaan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembukaan dan penggantian semula alatan permainan yang uzur serta tidak selamat digunakan.


“Ia akan digantikan kepada alatan permainan baharu jenis modular yang bersifat lebih moden, edukatif, tahan lama dan mesra pengguna.


“Set alatan permainan baharu ini juga bebas daripada ancaman kecederaan, mempunyai pengiktirafan SIRIM dan mematuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan,” menurut notis makluman itu.


Jelasnya, penutupan kawasan taman permainan itu merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, termasuk kemalangan dan kecederaan kepada pengunjung.


Dalam pada itu, DBKK memaklumkan sehingga November 2025, pihaknya telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan berskala kecil susulan aduan awam berkaitan kerosakan alatan permainan yang dikenal pasti

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page