top of page

Tamu Desa Kg. Tinata usaha KUSKOP perkukuh ekonomi penduduk luar bandar – Ewon

  • nabalunews
  • Nov 5
  • 2 min read

ree

5 November 2025


KOTA BELUD: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus memperkukuh agenda pemerkasaan ekonomi rakyat luar bandar melalui pelaksanaan projek Tamu Desa antaranya di Kampung Tinata, di sini.


Majlis perasmian tamu desa bernilai RM200,000 itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.


Beliau berkata, inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperluas peluang ekonomi rakyat luar bandar melalui pendekatan bersepadu antara kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

ree

“Premis Tamu Desa ini bukan sekadar menyediakan kemudahan perniagaan yang lebih teratur dan kondusif, tetapi juga menjadi platform pemberdayaan komuniti luar bandar dengan membuka ruang kepada usahawan mikro, petani dan peniaga kecil untuk memasarkan produk mereka secara lebih sistematik dan mampan.


“Saya berharap kemudahan premis ini memberi keselesaan kepada para peniaga menjalankan aktiviti tamu yang diadakan setiap hari Sabtu.


“Selain itu ia juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti lain seperti mesyuarat mingguan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Yayasan Usaha Maju serta aktiviti kemasyarakatan yang lain,” katanya.

ree

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan perasmian bangunan premis Tamu Desa Kg Tinata, Kadamaian yang dilaksanakan melalui peruntukan KUSKOP, di sini, hari ini.


Ewon menyeru Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memainkan peranan aktif memastikan pengurusan dan penyelenggaraan Tamu Desa dilaksanakan secara teratur, mampan dan memberi impak jangka panjang kepada masyarakat setempat.


Katanya, selain pembangunan fizikal, KUSKOP turut memperkukuh ekosistem keusahawanan melalui pelbagai kemudahan pembiayaan dan sokongan.

ree

“Antaranya Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT), Skim Pembiayaan Industri Kraf (TEKUN Nasional), Geran Usahawan Bumiputera Sabah & Sarawak (BEEP Plus – SME Corp.), Geran Pembangunan Koperasi (SKM) dan Tabung Modal Pusingan SKM (TMPSKM),” katanya.


Langkah itu, katanya, memperlihatkan kesinambungan dasar KUSKOP dalam memperluas akses pembiayaan, meningkatkan daya saing PMKS serta memastikan pembangunan ekonomi dapat dinikmati secara inklusif, seimbang dan menyeluruh.


Perasmian ini juga bersempena dengan Program Membudayakan Masyarakat Berkoperasi anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

ree

Pads majlis itu, Ewon menyampaikan sijil pendaftaran kepada enam buah koperasi baharu dari daerah Kota Belud. SKM juga turut mengadakan Program Happy Hour Jualan MADANI Koperasi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page