top of page

TAUFAN SAUDEL, MOLAVE: KOMUNITI MARITIM SABAH DINASIHAT BERHATI-HATI

  • nabalunews
  • Oct 28, 2020
  • 1 min read

28 OKTOBER 2020


KOTA KINABALU: Komuniti maritim di Sabah diminta berhati-hati untuk melakukan aktiviti di laut selepas negeri itu menerima tempias taufan tropika Saudel dan Molave yang membadai dari arah barat daya Manila, Filipina dengan kelajuan purata 139 kilometer sejam (km/j) baru-baru ini.  

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Maritim Sabah dan Labuan menerusi kenyataan memaklumkan bahawa pada 26 Okt lepas, Sabah telah menerima tempias taufan Molave yang dilaporkan berada 703 km ke barat laut Kudat.

“Ini menyebabkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter di Sabah dan Barat Labuan dan akan berlarutan sehingga hari ini,” menurut kenyataan itu. Komuniti maritim perlu menjaga keselamatan diri kerana keadaan itu amat berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. 

Mereka juga dinasihatkan supaya peka dengan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh pihak Meteorologi Malaysia. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page