top of page

TAWARAN GERAN RM20,000 TAMBAH BAIK INFRASTRUKTUR PELANCONGAN SABAH

  • nabalunews
  • Dec 8, 2020
  • 1 min read



8 DIS 2020


KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah kini dalam proses mengeluarkan surat tawaran kepada semua pemohon yang layak menerima geran RM20,000 melalui Sabah New Deal bagi menambah baik kemudahan infrastruktur pelancongan negeri itu.


Menterinya Datuk Jafry Ariffin dalam kenyataan hari ini berkata peruntukan bagi pembayaran itu baharu sahaja diterima daripada Kementerian Kewangan Sabah selepas diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri bulan lepas.


"Geran terbabit antara inisiatif kerajaan negeri Sabah bagi menambah baik kemudahan infrastruktur pelancongan seperti kemudahan inap desa dan produk pelancongan berasaskan komuniti.


"Permohonan pembangunan pelancongan Sabah berjumlah RM10 juta itu telah mula dibuka bermula Jun lepas, dan kementerian telah menerima lebih 1,000 permohonan," katanya.


Beliau berkata kementeriannya komited untuk meneruskan segala perancangan yang memberi manfaat kepada pengusaha pelancongan yang terjejas ekoran penularan COVID19. – Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page