Tenom Diisytihar Kawasan Bencana.
- nabalunews
- 5 days ago
- 1 min read

5 Januari 2026
KOTA KINABALU: Tenom menjadi daerah terkini yang disytihar sebagai daerah terjejas berikutan kejadian banjir dan tanah runtuh.
Pengisytiharan itu berkuatkuasa pada jam 3, pada Isnin, berikutan cuaca hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Pegawai Daerah Tenom selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Alexander Liew berkata, pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD.

“Maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana iaitu bencana banjir dan tanah runtuh di daerah Tenom,” katanya.
Terdahulu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) memaklumkan sebanyak lima kampung di Tenom dinaiki air setakat tengah hari tadi iaitu Enubai (Jalan Labut), Ponontomon, Pantungon Saga, Tumantalik dan Pantongan Sapong.
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut dibuka di daerah itu, iaitu di Kampung Labut Satu dan Ponontomon.
Sementara itu, jumlah mangsa terjejas di Daerah Beaufort terus menunjukkan peningkatan kepada 355 mangsa melibatkan 124 Ketua Isi Rumah (KIR) dari lapan kampung yang dinaiki air.
Selain itu, dua lagi daerah terjejas iaitu Kota Kinabalu dan Kota Belud turut menunjukkan peningkatan dengan pemindahan masing-masing 188 mangsa dan 76 mangsa.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa dipindahkan di tiga daerah terjejas kepada 619 orang melibatkan 220 KIR.


















Comments