top of page
  • nabalunews

TINDAKAN TERHADAP PIHAK YANG JATUHKAN MARUAH UNDUK NGADAU: PUNS



Gambar Hiasan - sumber gambar Borneo Post

14 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Persatuan Unduk Ngadau Sabah (PUNS) akan meneruskan tindakan terhadap pihak yang terlibat menyamakan unduk ngadau dengan pwejara yang keterlaluan.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan PUNS, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak menghormati acara UNK dan budaya tradisi Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR).


“Susulan daripada perspektif kurang tepat mengenai Unduk Ngadau, PUNS sedang merujuk nasihat daripada pihak yang arif tindakan mengikut adat istiadat KDMR terhadap pihak yang menyamakan Unduk Ngadau dengan perkara yang keterlaluan dan tidak menghormati adat dan budaya tradisi KDMR.


“PUNS memandang serius kenyataan negatif mengenai pertandingan kerana ia menjatuhkan maruah orang asal terutamanya wanita yang pernah menyertai Unduk Ngadau di Negeri Sabah.


“Sebagai orang asal dan hidup dalam masyarakat berbilang kaum di Sabah, pandangan tersebut tidak tidak wajar dan telah merendahkan martabat Unduk Ngadau kerana pertandingan ini sesuatu yang dilihat sebagai ‘sacred’ atau suci dan diletakkan dalam kedudukan yang mulia dalam perayaan Pesta Kaamatan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Berdasarkan perkongsian di FB Persatuan Unduk Ngadau mengenai ‘Ponompuan @ Huminodun Beatified As Unduk Ngadau’: Why Unduk Ngadau?, PUNS berharap agar pelbagai pandangan dan perspektif kurang tepat mengenai Unduk Ngadau telah diperjelaskan.


“Kami juga berharap agar pertandingan UNK dihormati dan tidak disalah anggap sebagai sesuatu aktiviti ‘pengeksploitasian’ dalam apa-apa bentuk sekalipun kerana wanita KDMR mengganggap Unduk Ngadau sebagai penerus kepada misi dan cabaran pengekalan serta pemerkasaan budaya tradisi KDMR di Sabah,” katanya.


PUNS menyeru semua Unduk Ngadau agar terus memartabatkan budaya dan tradisi menerusi penghayatan yang tepat mengenai ‘Unduk Ngadau’ yang juga merupakan jiwa kepada perayaan Kaamatan KDMR di Sabah.


PUNS juga berharap agar semua KDMR terus menjadikan Perayaan pesta Kaamatan dan Unduk Ngadau sebagai wadah keharmonian, perpaduan, harapan, inspirasi dan kasih sayang demi perdamaian sejagat.


Sebagai susulan daripada perspektif yang kurang tepat daripada segelintir pihak mengenai Unduk Ngadau, PUNS sedang merujuk nasihat daripada pihak yang arif mengenai adat istiadat KDMR mengenai pihak yang terlibat menyamakan Unduk Ngadau dengan perkara yang keterlaluan dan tidak menghormati adat dan budaya tradisi KDMR.

Comments


bottom of page