top of page

Tinjauan beberapa infrastruktur diadakan

  • nabalunews
  • Aug 22, 2025
  • 1 min read

21 Ogos 2025


KOTA BELUD: Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Carlye Lajimin, bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Saikom Watis, telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Tuguson, di sini semalam, bagi meninjau beberapa isu infrastruktur yang dibangkitkan oleh penduduk setempat.


Lawatan tersebut memberi tumpuan khusus kepada keadaan jalan pertanian serta jambatan gantung yang menjadi laluan utama penduduk kampung, termasuk golongan petani dan pelajar yang bergantung sepenuhnya kepada kemudahan tersebut untuk menjalani rutin harian mereka.


Menurut Carlye, lawatan berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan pihak Pusat Khidmat ADUN dalam memastikan setiap aduan dan keperluan rakyat diberi perhatian sewajarnya serta ditangani secara sistematik melalui kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan.

“Penilaian yang dibuat di lapangan amat penting bagi membolehkan kami mengenal pasti keutamaan serta mengambil tindakan susulan yang bersesuaian. Segala maklumat dan dapatan daripada lawatan ini akan dibentangkan untuk perbincangan lanjut di peringkat pentadbiran dan teknikal,” katanya.


Tambah beliau, usaha penambahbaikan kemudahan asas seperti jalan pertanian dan jambatan gantung merupakan antara fokus utama dalam agenda pembangunan luar bandar di kawasan Kadamaian, sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page