top of page

Tokong Cina di Labuan, terbakar

  • nabalunews
  • Oct 13, 2024
  • 1 min read

12 Oktober 2024


LABUAN: Sebuah Tokong Cina di Jalan Bunga Mawar, di sini terbakar, pagi tadi.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, dalam kejadian 8.35 pagi itu, tokong Cina terbakar 30 peratus dari jumlah keseluruhan tokong berkenaan.


“Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labuan Sentral dan Rancha-Rancha tiba di lokasi tujuh minit selepas mendapat panggilan kecemasan.


“Bagaimanapun, kebakaran tidak membabitkan mangsa. Operasi memadam menggunakan satu aliran dua pancutan bagi memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 8.53 dan dipadam sepenuhnya 11 minit kemudian.


“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page