top of page

Tolak Mentaliti ‘Little Napoleon’ - Masiung

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

15 Januari 2026


KOTA KINABALU: Pegawai eksekutif Kumpulan Sedco diingatkan supaya berkhidmat sebagai pelayan masyarakat dan menolak mentaliti "Little Napoleon" dalam urusan pentadbiran agensi itu.


Pengerusi Kumpulan Sedco, Datuk Masiung Banah menegaskan, pegawai disemua peringkat hendaklah meletakan rakyat sebagai majikan dalam etika perkhidmatan.


"Kita harus memerangi mentaliti "Little Napoleon" sebaliknya mengambil pendekatan "Management by Walking Around, " katanya semasa melawat Sedco Mining Sdn Bhd, salah satu anak syarikat Kumpulan Sedco di Wisma Perkasa, di sini, pagi kelmarin.

Masiung diiringi Pengurus Besar Kumpulan Sedco, Datuk Ar. James Wong dan diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sedco Mining Sdn Bhd, Shamsul Bahri Johari.


Wakil Rakyat Kuamut itu menggalas tugas sebagai pengerusi baharu Kumpulan Sedco bermula pada Isnin, dijadualkan melawat beberapa vendo milik anak syarikat Sedco bermula bulan ini.


Masiung menekankan, perubahan mentaliti tidak hanya kepada pegawai kanan, tetapi harus diterjemahkan kepada kakitangan bawahan.


Budaya 'Little Napoleon' merujuk kepada pegawai atasan hingga peringkat bawahan yang menyalahgunakan bidang kuasa hingga menimbulkan kelewatan sesuatu agenda yang telah dirancang.


" Saya sendiri akan memantau integriti pegawai dan kakitangan agensi milik penuh kerajaan negeri ini, jangan cuba-cuba mengambil kesempatan menggunakan kuasa yang ada.


" Setiap anggota termasuk pengerak kepada anak-anak syarikat Kumpulan Sedco harus menyampaikan perkhidmatan efektif kepada rakyat, " tegasnya.


Menurut Masiung, Sedco Mining Sdn Bhd adalah fokus utama kerajaan negeri yang menjadi salah satu penggerak kepada ekonomi Sabah.


Katanya, beberapa anak syarikat di bawah agensi itu yang dilaporkan bergerak perlahan akan terus dipantau sambil mencari punca kelemahan operasi mereka.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page