top of page

Tujuh Kampung Mukim Lasau Selesai Pilih Pengerusi JKKK, Lompios Menang Tanpa Tanding

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read

13 Februari 2026


KOTA BELUD: Proses pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi Mukim Lasau, Kadamaian, selesai sepenuhnya pada 11 Februari lalu selepas berlangsung selama tiga hari.


Pemilihan yang diselia oleh Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil bersama Pemaju Masyarakat, Alycia Sikul itu melibatkan tujuh kampung yang mengadakan proses pengundian, manakala sebuah lagi kampung menang tanpa tanding.


Keputusan rasmi menyaksikan Kampung Gonok diterajui Mohd. Azmizan Alim; Kampung Wani dipimpin Doloren Madris; Kampung Podi oleh Japin Lungkiyu; Kampung Lasau Lama oleh Bizie Simpul; Kampung Lasau Minunsud oleh Nonih Gampuhur; Kampung Kebidahan oleh Jahimin Sahidin; dan Kampung Takulung oleh Mohd. Soley Maubil.

Sementara itu, Kampung Lompios memilih Zubaidah Mandai sebagai Pengerusi tanpa pertandingan.


Clarence dalam kenyataannya merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua calon, pengundi serta para pemenang yang telah diberi mandat oleh penduduk kampung masing-masing.


Menurut beliau, pemilihan yang telah selesai membuka lembaran baharu kepada kepimpinan kampung untuk terus memperkukuh kerjasama antara pemimpin dan komuniti.


“Sudah tiba masanya kita berganding bahu demi memastikan pembangunan kampung dapat dilaksanakan secara menyeluruh, merangkumi aspek infrastruktur, ekonomi, pendidikan dan juga kerohanian,” katanya.


Beliau turut berharap barisan kepimpinan baharu yang dipilih dapat menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan dan kemajuan Mukim Lasau secara keseluruhannya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page