top of page

Tun Musa berangkat ke Sandakan untuk lawatan kerja

  • nabalunews
  • 3 days ago
  • 1 min read

3 Mac 2026


KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman hari ini berangkat ke Sandakan bagi mengadakan lawatan kerja selama dua hari.


Beliau yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin berlepas menaiki pesawat khas dari Balai Kenamaan, Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 12 tengah hari tadi.


Sebelum berlepas, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Abdul Razak Hamdin memimpin acara bacaan doa selamat.

Dalam lawatan kerja itu, Tun Musa dijadual merasmikan Masjid Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan, menghadiri Majlis Iftar Perdana UMS serta mengadakan lawatan ke Pusat Pentadbiran Islam Sandakan.


Hadir mengiringi keberangkatan beliau ialah Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Setiausaha Tetap KBSK, Datuk Mansur Asun; Pengarah Bahagian Istiadat dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri, Syahrin Samsir serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page