Tun Musa Selamat Tiba di Tanah Air Selepas Lawatan Rasmi ke Mesir
- nabalunews
- 2h
- 1 min read

3 Februari 2026
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama Isteri, Toh Puan Faridah Tussin selamat tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, pagi tadi.
Ketibaan beliau disambut dengan bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bongsu Aziz Jaafar.
Musa sebelum ini mengadakan lawatan tujuh hari ke Mesir bagi menghadiri Majlis Mahabbah Bersama Pelajar Sabah, merasmikan Dewan Al-Imam Al-Tayeb di Akademi Antarabangsa Al-Azhar Al-Sharif, selain menunaikan ibadah umrah dan ziarah ke Tanah Suci.
Hadir sama, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri.


















Comments