UPKO akan adakan Jelajah Sabah First’ sempena konvensyen parti
- nabalunews
- Nov 4, 2025
- 1 min read

4 November 2025
KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mengadakan Jelajah Sabah First sempena dengan penganjuran konvensyen parti di peringkat Bahagian.
Ketua Penerangan UPKO, Dr Peter Naintin menyatakan beliau akan mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UPKO yang akan bersidang pada hari besok, 5 November.
Menurut beliau, jelajah tersebut akan memberi penerangan mengenai pendirian Parti UPKO terkait dengan keputusan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan semakan kehakiman hak 40 peratus Sabah oleh Sabah Law Society (SLS).
“UPKO menghormati dan menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengiktiraf hak 40 peratus Sabah tersebut sepertimana dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan.
“Pimpinan tertinggi dan ahli-ahli UPKO juga berdiri teguh di atas pendirian Presiden Datuk Ewon Benedick yang telah menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan daripada Kabinet Persekutuan sekiranya rayuan difailkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) ke atas keputusan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tersebut.
“UPKO juga harus mengambil bahagian dalam pilihanraya umum Sabah berdasarkan kepada semangat Sabah First sepertimana dinyatakan dalam Perlembagaan Parti iaitu memperjuangkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dan hak-hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.















Comments