top of page

UPKO Kota Belud Prihatin Bantu Ahli Yang Sakit

  • nabalunews
  • 15 hours ago
  • 1 min read

ree

15 Disember 2025


KOTA BELUD: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud terus memperkasa kebajikan ahlinya menerusi program ziarah dan bantuan semalam di Kampung Kiau Bersatu Kadamaian.


Dalam program kebajikan tersebut, Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kiau, Dolois Sumbin, yang juga mewakili Presiden UPKO merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, telah menziarahi Ketua Cawangan UPKO kampung tersebut, Sikong Dalansu.


Sikong dilaporkan baru menjalani pembedahan beberapa bulan lalu akibat jangkitan kuman pada sendi. Beliau yang sebelum ini bekerja dalam bidang pertukangan dan mekanik, merupakan seorang bapa kepada sembilan orang anak.

ree

Semasa lawatan itu, Dolois telah menyampaikan sumbangan bantuan ikhlas serta salam kesembuhan daripada Ewon, yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan.


“Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga saudara Sikong dalam menghadapi ujian ini,” ujar Dolois.


Program yang diadakan bersama Ahli JawatanKuasa (AJK) PDM Kiau itu turut diserikan dengan majlis makan bersama, mengukuhkan lagi hubungan antara pimpinan parti dan ahlinya di akar umbi.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page