top of page

UPKO Lahad Datu Teguh Menyokong Keputusan Datuk Ewon Benedick

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read

ree

10 November 2025


LAHAD DATU: UPKO Bahagian Lahad Datu menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, susulan keputusan meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet Persekutuan.


Ketua Bahagian UPKO Lahad Datu, Datuk Basari Sarkun, berkata langkah berani itu mencerminkan prinsip kepimpinan yang berteraskan perjuangan tulen demi mempertahankan hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


“Kami menghormati dan menyokong sepenuhnya keputusan Ewon sebagai manifestasi kepada keikhlasan dan integriti seorang pemimpin.


“Tindakan beliau membuktikan bahawa prinsip dan maruah negeri diletakkan melebihi kepentingan peribadi serta kedudukan politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Basari berkata, tindakan Presiden UPKO itu merupakan isyarat jelas kepada Kerajaan Persekutuan bahawa rakyat Sabah tidak akan berdiam diri.


Katanya, Kerajaan Persekutuan perlu menunaikan tanggungjawab dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengarahkan bayaran 40 peratus hasil persekutuan yang dikutip dari Sabah antara tahun 1974 hingga 2021.


“Isu itu bukan bersifat politik sempit, sebaliknya melibatkan hak perlembagaan, keadilan fiskal dan maruah negeri Sabah yang mesti ditegakkan tanpa kompromi.


“Datuk Ewon Benedick telah menunjukkan contoh kepimpinan berjiwa rakyat dan berani menegakkan prinsip walaupun berdepan risiko politik.


Inilah erti sebenar perjuangan, bukan sekadar mempertahankan jawatan, tetapi mempertahankan kebenaran dan maruah negeri Sabah,” katanya.


Sehubungan itu, Basari berkata, UPKO Lahad Datu turut menyeru seluruh ahli parti serta rakyat Sabah supaya berdiri teguh bersama Datuk Ewon dalam meneruskan perjuangan menuntut hak negeri berdasarkan semangat MA63.


“Keberanian beliau harus menjadi inspirasi kebangkitan rakyat Sabah untuk menuntut hak negeri dengan suara berlandaskan undang-undang, keadilan dan maruah,” katanya lagi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page