top of page

UPKO Ranau sokong penganjuran program gotong-royong serta penyusunan organisasi di cawangan Kampung Kitaie

  • nabalunews
  • Oct 9, 2024
  • 1 min read

9 Oktober 2024


RANAU: Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Ranau, Georgina George, telah menyampaikan sumbangan kepada Ketua Wanita UPKO Cawangan Kampung Kitaie, Ranau, Latuin Naim, sebagai tanda sokongan bagi penganjuran program gotong-royong serta penyusunan organisasi di cawangan tersebut.


Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan kerjasama dan semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli UPKO di Kampung Kitaie, Ranau.


Program gotong-royong ini bukan sahaja bertujuan mempertingkatkan kebersihan dan keindahan kampung, malah memperkuatkan perpaduan komuniti setempat melalui aktiviti bersama.


UPKO Bahagian Ranau merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli Cawangan Kampung Kitaie yang terus komited dan berdiri teguh bersama wadah perjuangan UPKO dan mendukung perjuangan parti bagi memastikan kesinambungan visi UPKO untuk kemajuan rakyat.


Sokongan yang diberikan adalah bukti solidariti yang kukuh antara pemimpin dan akar umbi parti.


UPKO Ranau berharap dengan komitmen berterusan seperti ini, UPKO akan terus berkembang dan memperkukuhkan peranannya dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat.

 
 
 

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page