UPKO Sepanggar sumbang paip graviti bantu penduduk Kampung Talungan yang terjejas banjir

21 Julai 2024
SEPANGGAR: UPKO Sepanggar menghulurkan sumbangan paip graviti kepada penduduk Kampung Talungan, Telipok yang terjejas akibat banjir besar baru-baru ini.
Sumbangan itu diserahkan oleh Ketua Bahagian UPKO Sepanggar, Datuk Wong Thien Fook kepada Ketua Cawangan UPKO Kg Talungan, Poukin Liban, Khamis lalu.
Menurut Wong, sumbangan ini disampaikan kepada penduduk susulan aduan dan permintaan dari Ketua Cawangan UPKO Kg Talungan berhubung paip graviti untuk membekalkan air ke kampung mereka yang hanyut dilanda banjir.
Beliau berharap menerusi sumbangan ini, kerja pembaikan paip graviti dapat dilakukan dengan segera agar penduduk kampung dapat kembali menikmati bekalan air bersih seperti biasa.
Wong berkata sumbangan ini membuktikan komitmen UPKO Sepanggar untuk membantu rakyat yang memerlukan, terutamanya ketika dilanda musibah.
Comments