UPKO Serah Bakul Makanan Kepada Enam Kampung Terjejas Banjir di Sipitang
- nabalunews
- Sep 22
- 1 min read

22 September 2025
SIPITANG: Sebanyak enam kampung yang terjejas akibat banjir di daerah ini menerima sumbangan bakul makanan hasil inisiatif Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Bahagian Sipitang.
Sumbangan yang disampaikan Ketua Bahagian, Datuk Pangiran Lalung itu membuktikan keprihatinan UPKO terhadap kesusahan yang dialami penduduk selepas kediaman dan harta benda mereka terjejas banjir baru-baru ini.
Enam kampung terlibat ialah Kampung (Kg) Bahagia, Kg Sri Menanti, Kg Ranau-Ranau, Kg Kawang Lama, Kg Kawang Baru dan Long Kinangan.

Pangiran berkata, bantuan ini adalah inisiatif parti dalam mendahulukan kepentingan rakyat khususnya mereka yang terjejas akibat musibah tanah runtuh dan banjir ketika ini.
“Pentas politik tidak perlu terlalu besar, yang penting mesejnya sampai. Cukup dengan usaha yang ikhlas seperti ini, masyarakat akan jatuh cinta dan menghargai perjuangan UPKO,” katanya.

Pangiran berkata, bagi UPKO keutamaan parti adalah memastikan kesejahteraan rakyat terus diberi perhatian, khususnya apabila berlakunya bencana alam.
“Dikesempatan ini, saya mewakili seluruh jentera parti bahagian Sipitang merakamkan penghargaan kepada Presiden Parti, Datuk Ewon Benedick yang membantu melancarkan usaha penyampaian sumbangan ini.

Menurutnya, ia sekali gus memastikan bekalan makanan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.


















Comments