UPKO tidak abaikan keperluan cawangan-cawangan DUN Tempasuk, Pintasan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO tidak abaikan keperluan cawangan-cawangan DUN Tempasuk, Pintasan


Ewon menerima laporan daripada Jiroh.

27 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud tidak pernah mengabaikan keperluan dan kebajikan penduduk khususnya ahli-ahli parti itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk dan DUN Pintasan.


Naib Presiden yang juga Ketua Bahagian UPKO Kota Belud Datuk Ewon Benedick berkata, semasa dalam kerajaan pada 2018 sehingga 2020, beliau telah menyalurkan peruntukan bagi melaksanakan pelbagai pembangunan yang diperlukan penduduk kampung.

Ewon ketika berucap pada program itu.

"Kita telah menunaikan banyak permintaan dan keperluan penduduk antaranya membaiki jalan-jalan pertanian, dewan Gereja RC St. William Tempasuk 1 dan banyak lagi sumbangan-sumbangan lain.


"Walaupun saya wakil rakyat Kadamaian dan Upko tidak bertanding di kawasan ini pada pilihan raya yang lalu namun kita tidak pernah melupakan rakyat DUN Tampasuk sehingga kini,” katanya ketika berucap pada Program Gabungan PDM Tempasuk dan Pintasan, di sini, kelmarin.

Ewon (kiri) menerima laporan daripada Ketua Penyelaras Upko Pintasan Mohd Shah Maulah.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian turut mengulangi komitmennya untuk terus membantu ahli-ahli Upko di kawasan DUN Tempasuk dan Pintasan.


"Saya akan berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk rakyat Kadamaian dan ahli-ahli Upko di Tempasuk dan Pintasan walaupun berhadapan dengan peruntukan yang agak terhad.


"Seorang pemimpin harus menunjukkan kecekalan dan kesetiaan terhadap parti walaupun berhadapan dengan keadaan sukar," katanya.

Sementara itu Ketua Penyelaras Upko Tempasuk Jiroh Maun merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas pelbagai bantuan dan sumbangan selama ini.


"Walaupun kita bukan dalam kawasan Kadamaian tetapi kita juga menerima peruntukan daripada Datuk Ewon semasa beliau menerajui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah," katanya.


Beliau berkata, ia menunjukkan Ewon seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat secara keseluruhannya.

Jiroh turut menggesa semua ketua di 14 cawangan Upko DUN Tempasuk dan Pintasan supaya terus mencari kaedah terbaik menambah keahlian parti.


"Cawangan parti umpama tiang yang akan mengukuhkan parti, sebab itu amat penting untuk setiap cawangan berusaha menambah keahlian baharu terutamanya menarik golongan muda berusia 18 tahun menyertai Upko,” katanya.


Pada majlis itu Ewon turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk Kg. Tempasuk dan Pintasan yang memerlukan.


bottom of page