top of page

Wanita Gagasan Rakyat nyata sokongan penuh terhadap kepimpinan Hajiji

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

2 Disember 2025


KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Presiden Gagasan Rakyat dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Redonah Bahanda berkata kemenangan GRS jelas mencerminkan kepercayaan rakyat terhadap kemampuan Hajiji menerajui pentadbiran negeri serta membawa kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kesinambungan pembangunan di Sabah.


“Sehubungan itu, seluruh jentera dan kepimpinan Wanita Gagasan Rakyat di semua peringkat digesa memperkukuh kesatuan saf perjuangan dan terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Menteri dalam mengemudi pentadbiran negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.


“Sokongan ini amat penting bagi memastikan agenda pembangunan rakyat, kesejahteraan sosial dan kemajuan Sabah dapat dilaksanakan dengan konsisten, tersusun dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dalam masa sama, Redonah turut merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh barisan Jemaah Menteri Negeri Sabah yang telah mengangkat sumpah pada Isnin.


Jelasnya, Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat menaruh penuh keyakinan bahawa barisan Kabinet yang dilantik itu dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penyelesaian isu-isu legasi rakyat secara menyeluruh dan tuntas.


Ia termasuk penambahbaikan serta peluasan inisiatif kebajikan dan kesejahteraan rakyat, pemerkasaan agenda wanita dan pembangunan anak muda, peningkatan kecekapan tadbir urus dan penggunaan sumber negeri secara berhemah selain memperjuangkan hak Sabah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.


“Kami percaya tempoh lima tahun pentadbiran akan datang akan menjadi saksi kemampuan Kerajaan GRS Plus membawa Sabah ke arah negeri yang lebih maju, stabil, makmur dan berdaya saing demi kepentingan rakyat dan masa depan generasi akan datang,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page