top of page

Wanita Maut Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Bertembung Di Jalan Silam, Lahad Datu

  • nabalunews
  • 7 minutes ago
  • 1 min read

ree

28 Disember 2025


LAHAD DATU: Seorang wanita maut selepas kenderaan dibaiki dipercayai bertembung dalam kemalangan di Jalan Silam, berhampiran Sekolah Kebangsaan Silam, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, lima lagi melibatkan pemandu dan penumpang termasuk seorang mangsa tersepit dilaporkan mengalami kecederaan.


Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Lahad Datu, Sumsoa Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 2.29 petang.

ree

Katanya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 24 kilometer.


“Setibanya jentera pada jam 2.52 petang, didapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Fortuner dan Perodua Axia dipercayai telah bertembung.


“Lima mangsa berada dalam Toyota Fortuner, dengan seorang daripadanya tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu menggunakan jentera EMRS,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

ree

Menurutnya,salah seorang penumpang Toyota Fortuner berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)z


Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.


“Setakat ini, maklumat mangsa lain termasuk pemandu kenderaan Perodua Axia masih belum diperoleh,” katanya.


“Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.20 petang dan tamat sembilan minit kemudian selepas dipastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page