Warga BTSM bergotong-royong baiki saliran parit hasil sumbangan EwonWarga BTSM bergotong-royong baiki saliran parit hasil sumbangan Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Warga BTSM bergotong-royong baiki saliran parit hasil sumbangan Ewon


Anichlose (kiri), mewakili Ewon di program gotong-royong di BTSM

28 Oktober 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Warga kampus Borneo Theological Seminary Melangkap (BTSM) yang terdiri daripada staf dan pelajar telah bergotong-royong untuk membaiki saliran parit di kampus tersebut.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang mengunjungi kampus ini sebelum ini bagi menyampaikan sumbangan keperluan dapur dan bahan mentah masakan telah dimaklumkan oleh Pengetua BTSM Pastor Jalius Ahubat berkenaan keperluan membaiki parit tersebut.

Bahan-bahan binaan yang disumbangkan oleh Ewon untuk keperluan gotong-royong tersebut.

Ewon kemudiannya bersetuju menyumbangkan kesemua bahan binaan yang diperlukan seperti culvert, simen, pasir, batu dan besi vrc.


Pegawai Perhubungan ADUN Kadamaian, Anichlose Kesimin yang mewakili Ewon semasa menyampaikan sumbangan bahan binaan semasa gotong-royong tersebut menyatakan bahawa kerja-kerja pembaikan tersebut telah dijayakan.

Menurut beliau, aktiviti gotong-royong merupakan pendekatan komuniti yang disokong penuh oleh Pusat Khidmat ADUN Kadamaian dalam melaksanakan kerja-kerja sedemikian.

“Pihak Kerajaan juga harus memainkan peranan yang agresif dalam membantu menyelesaikan keperluan rakyat seperti ini di kampung-kampung. Bagi kami di Pusat Khidmat ADUN Kadamaian pula, kami akan terus memberi perkhidmatan kepada rakyat Kadamaian melalui pendekatan bergotong-royong,” katanya.

Terdahulu, Anichlose turut mewakili Ewon dalam program gotong-royong membaiki kerosakan jambatan gantung di Kg Bundu Paka.


bottom of page