Warga Emas Hilang Ditemui Selamat
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

8 Disember 2025
TUARAN: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan bukit di Kampung Ruhiang, di sini, Sabtu lalu ditemui selamat, hari ini.
Mangsa berusia 74 tahun ditemui selamat oleh penduduk kampung pada jam 7.55 pagi kira-kira 1 kilometer dari rumah mangsa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, mangsa ditemui bersendirian di kawasan tepi sungai di kampung berkenaan.

Katanya, selepas pemeriksaan dijalankan, mangsa diserahkan kepada pihak keluarga untuk tindakan selanjutnya.
“Setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.22 pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Terdahulu, dalam kejadian Sabtu lalu, ahli keluarga mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 10 malam selepas menyedari kehilangannya.

Mangsa dikatakan telah keluar dari rumah dan sehingga laporan dibuat, mangsa masih gagal dikesan dan tidak diketahui keberadaannya.
Pasukan operasi melancarkan operasi pencarian bersama beberapa agensi lain selain dibantu oleh penduduk kampung.

Radius pencarian meliputi 800 meter dari lokasi rumah mangsa, namun operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 12.33 tengah malam sebelum disambung semula pagi tadi.


















Comments